Aug 5, 2012

lapisan demi lapisan..

untuk mengenali seseorang kita harus mengenali seseorang itu lapisan demi lapisan..
macam kuih lapis...
sedapnya.....
tapi berdirinya saya disini bukan untuk menceritakan tentang makanan yang sedap lagi lazat itu...
tetapi pasal lapisan orang....
aku pernah dengar orang cakap tapi tak ingat siapa yang cakap itu...
"kita tidak akan mengenali seseorang itu sehinggalah orang itu mati"
balik kepada lapisan tadi...
setiap lapisan itu berbeza...
kita tak akan tahu apa yang mereka telah lalui...
mungkin banyak penderitaan yang telah terjadi tanpa kita sedari...
kita nampak kuih itu sedap tapi disebalik kesedapan itu hanya Dia sahaja yang tahu..
kita pun tidak akan sangka benda itu boleh terjadi...
lagi-lagi kepada orang yang kita sayang..
kita sendiri mungkin pernah hadapi setiap fasa-fasa lapisan itu...
tapi baik kita simpan untuk diri kita sendiri dan biarlah Allah sahaja yang tahu..
buat apa cerita kepada orang lain dan mengharapkan simpati...
kadang-kadang orang hanya mahu ambil kesempatan dalam kesempitan hidup...
melainkan...
orang itu boleh dipercayai..
dan aku juga percaya setiap lapisan yang kita hadapi buat kita menjadi seorang yang kuat.

P.S. if you said you have been through a lots, try me...


No comments:

Post a Comment